Tadabbur Al-Quran, Menuju Perubahan

Yayasan Tadabbur

Firman Allah SWT:

اَفَلَا يَتَدَبَّرُوْنَ الْقُرْاٰنَۗ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِغَيْرِ اللّٰهِ لَوَجَدُوْا فِيْهِ اخْتِلَافًا كَثِيْرًا

"Maka adakah mereka tidak mentadabbur al-Quran? Kalau al-Quran itu datang bukan dari sisi Allah, tentulah mereka dapati padanya banyak pertentangan."(Surah an-Nisa’, ayat 82)

Menyebarkan Cahaya Al-Quran ke Seluruh Pelusuk Ummah

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Kami percaya setiap ayat Al-Quran adalah warkah cinta Allah kepada hamba-Nya, bukan sekadar untuk dibaca, tetapi direnungi, difahami, dan diamalkan.

Dengan visi melahirkan generasi yang hidup bersama Al-Quran, Yayasan Tadabbur berusaha menyebarkan kefahaman, membangunkan program pendidikan, teknologi, serta menggerakkan dakwah dan kebajikan untuk seluruh lapisan masyarakat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Allah

SWT mengizinkan kelahiran Yayasan Tadabbur sebagai sebuah wadah yang membawa satu misi besar; menghidupkan kembali manusia melalui makna al-Quran.

Di tengah arus dunia moden yang sarat dengan maklumat tetapi gersang daripada hikmah, kita berhadapan satu persoalan besar; bagaimana kita boleh mengembalikan hati manusia kepada suara Tuhan? Jawapannya kembali menghidupkan tadabbur dalam kehidupan — seni merenungi ayat-ayat Allah dengan akal yang sedar, hati yang lembut, dan jiwa yang rindu kepada hidayah. (Selanjutnya.. )

Ustaz Syaari bin Ab Rahman

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tadabbur

Program Yayasan Tadabbur

Duta Al-Quran (MAHIRA)

Program melahirkan mahasiswa mahir tadabbur Al-Quran melalui bengkel, perkongsian pakar, refleksi dan aplikasi nilai Quran dalam kehidupan seharian, membina generasi duta Al-Quran berilmu, berjiwa besar, serta berpotensi memimpin masyarakat.

Projek NURANI AI

Platform kecerdasan buatan yang menganalisis pola bacaan, minat dan cabaran hidup pengguna, lalu mencadangkan ayat-ayat Quran paling relevan. Teman rohani digital yang membantu menghayati Kalamullah secara peribadi, intuitif, dan penuh makna mendalam.

Rehlah Tadabbur

Program pelancongan rohani domestik menggabungkan rekreasi, refleksi alam, dan pengajian Quran. Peserta dibawa ke lokasi indah seperti pantai, gunung atau desa untuk menghayati ayat Allah melalui tadabbur, menjadikan alam sebagai latar penginsafan.

Infaq Yayasan Tadabbur

Di Yayasan Tadabbur (YT), kami membuka bukan sekadar ruang, tetapi gerbang cahaya pahala untuk anda. Di mana setiap infaq yang disumbang akan menjelma menjadi aliran kebaikan pahala yang tidak pernah putus di dunia akhirat.

Bayangkanlah, setiap sumbangan ikhlas anda bukan hanya angka. Ia adalah sentuhan kasih yang menghidupkan harapan, sebuah tangan yang menggapai mereka yang memerlukan, dan cahaya ilmu yang menerangi jiwa ummah. Dari setiap sen yang disumbangkan, terbinalah kekuatan, tersebarlah hidayah, dan terukirlah senyuman di wajah-wajah yang bertabah dalam derita.

BERITA & ARTIKEL

Bangi, 23 Disember 2025 – Yayasan Tadabbur telah menganjurkan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik bersama ZIW Advisors Sdn. Bhd. dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Pejabat Operasi Yayasan Tadabbur. Majlis ini menandakan satu langkah […]
Bangi, 23 Disember 2025 – Yayasan Tadabbur telah menganjurkan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik bersama ZIW Advisors Sdn. Bhd. dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Pejabat Operasi Yayasan Tadabbur. Majlis ini menandakan satu langkah […]
Kuala Lumpur, 22 Disember 2025 – Yayasan Tadabbur telah menerima undangan rasmi untuk menghadiri mesyuarat dan sesi pembentangan Program MAHIRA (Mahasiswa Hayati Ilmu & Refleksi al-Quran) yang berfokuskan pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di […]

Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com